Thursday, February 19, 2009

KEK HARIJADI . . .


Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena harijadi isterinya . . " Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ni encik? " tanya si gadis yang bertugas di kuanter . . " Mmm . . . tulis saja " Sayang tidak bertambah tua " di bahagian atas, kemudian sambung dengan " Sayang cuma bertambah cantik " di bahagian bawah , kata lelaki itu.

Esoknya , lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang , dalam satu majlis yang gilang-gemilang . . Ketika kek itu dibuka di depan isteri , anak2 dan 50 orang tetamu undangan , lelaki itu terus pengsan . . Kemudian , isteri lelaki itu pula pengsan kerana di atas kek itu tertulis perkataan " SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS . . SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH . . . "

No comments:

LAGU AKU...