Thursday, February 19, 2009

KEK HARIJADI . . .


Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena harijadi isterinya . . " Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ni encik? " tanya si gadis yang bertugas di kuanter . . " Mmm . . . tulis saja " Sayang tidak bertambah tua " di bahagian atas, kemudian sambung dengan " Sayang cuma bertambah cantik " di bahagian bawah , kata lelaki itu.

Esoknya , lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang , dalam satu majlis yang gilang-gemilang . . Ketika kek itu dibuka di depan isteri , anak2 dan 50 orang tetamu undangan , lelaki itu terus pengsan . . Kemudian , isteri lelaki itu pula pengsan kerana di atas kek itu tertulis perkataan " SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS . . SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH . . . "

Wednesday, February 18, 2009

GUNI BERAS

Di sebuah kampung yang terpencil di Kedah, tinggallah seorang lelaki miskin bersama dengan ibunya . . Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan perkahwinannya dengan gadis sekampung . . . Tetapi malang, kesemua pakaiannya koyak dan bertampal-tampal . . Malah seluar dalamnya pun berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kesihan melihat keadaan anak bujangnya itu, maka si ibu pun membuatkannya sehelai seluar dalam dengan menggunakan guni beras . . Pada malam pertama selepas dinikahkan, isteri lelaki tesebut telah mati terkejut sebab terpandang kat seluar suaminya itu tertulis perkataan " Berat Bersih: 50Kg ". . .

Tuesday, February 10, 2009

KHABARKAN PADANYA . . .

Selalu ku ukir kata cinta di dalam hatiku
Bahwa cintaku suci untukmu
Bawalah diriku selalu di dalam mimpi-mimpimu
Hanyalah untukku . . .

Malamku . . .
Bawalah cinta dan hatiku
Dan sampaikan pada dirinya
Bahwa aku begitu mencintainya

Anginku . . .
Bawalah nafas cintaku
Dan hembuskan pada dirinya
Bahwa aku sangat merindukanya

Bulanku . . .
Begitu indah dan terangnya cahayamu
Sinari hati dan jiwanya untuk cintaku
Terangi setiap langkahnya menuju cintaku

Bintangku . . .
Begitu indah cahaya gemerlapmu
Tebarkan rasa cintaku dihatinya
Sedarkan dirinya akan cintaku
Abadi untuk selamanya . . .


LAGU AKU...