Thursday, January 29, 2009

AKU SCANDAL

Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan aku meninggalkan ku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Kutunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Saturday, January 10, 2009

Citer Aku Time Boring2

Dalam kepanasan ultra lembayung tika matahari tegak menumpahkan cahayanya di sekitar Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, tiba-tiba aku terkenangkan kisah cinta Dewa Dewi yang telah kita palitkan bersama. Kehadiranmu bersama molekul-molekul oksigen bercampur hidrogen menerjang segala memori yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora Pantai Port Dickson dan shahdu yang nyaman di pagi2 buta di kampung aku . .


Kau juga mengajarku erti cinta, rindu, sayang, singa laut, tenuk, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, nasi goreng cendawan pedas, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut, mesin fotostat, deadoran dan pasu bunga jiran sebelah umah makcik aku . . Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Giant dan Tesco . . Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.


Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke India Selatan itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang.


Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi. Aku terkecut di dalam udara yang kotor. Setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set, seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita tanpa pelita ayam bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.


Kondominium cinta lorong Casablanca yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan kotak A4 80 gram . . Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.


Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam siam untuk melupakanmu, tetapi ternyata aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh mak aku dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah . .


Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku dengan gergaji besi, lantas kau bunuh cintaku sekejam-kejamnya . . ?Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh apit G bapak aku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung manusia 60kg, 75 ekor biawak Hutan Hujan, 77 ekor semut itam yang bertelur dan 386 ekor anak beruk berumur 7 bulan. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter dari UKM hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi.


Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan magi kari. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Apatah lagi Gaban ! Aku juga bukanlah Ultraman @ Power Ranger Kuning seperti yang kau idam-idamkan selama ini. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi lemak telah menjadi nasi beriani gam Johor dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya semalam . .


Segalanya sungguh mengharu-birukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam buatan Jerman telah pun aku cincang untuk dibuat spegeti. Walaupun segalanya telah berakhir, di sini, di atas pokok getah yang berketinggian bangunan 2 tingkat mengadap laut ini, aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO dan MYDIN, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina dan Brazil bersaiz 4, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari menjadi bintang. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?







Thursday, January 1, 2009

AKU DAN 2008

Apa yang telah berlaku ? ?
Entah macam mana ? ?
Masa pun berlalu begitu pantas
Dan aku sering sahaja tercengang-cengang
Cuba sesekali memikirkan tentang apa yang telah berlaku selama ini di dalam hidup aku . .
Entah macam mana ? ?
Aku masih juga bernafas lagi untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan seribu teka-teki ini . .
Apakah keputusan dan kesudahannya kehidupan ku ini nanti ? ?
Ke manakah aku akan pergi ? ?
Atau barangkali . . .
Aku tidak perlu memikirkan tentang ini semua
Atau biarkan sahaja masa yang menerangkan itu semua
Atau . . . Atau . . . Atau ! ! !
Aku pun jadi heran
Entah macam mana ? ?
Aku pun tidak tahu
Ia berlalu begitu pantas ! !
Itulah masa
Berlalu tanpa belas kasihan
Tanpa pilih kasih
Tanpa perlu diajak berunding terlebih dahulu
Tahun 2008 sudah berlalu
Tahun 2009 muncul tiba
Apa yang telah berlaku
Telah pun menjadi sejarah
Telah pun menjadi sebuah kenangan
Terpahat abadi menjadi cerita sejarah kehidupan aku
Yang bakal aku menuju ialah waktu kematian ! !
Di dalam kesibukan menjalani kehidupan ini . . .
Kadang2 ada yang terlupa
Hidup ini hanyalah sementara
Cuba mengejar seribu harapan yang penuh dengan bayangan khayalan
Dan kemudian . . .
Kita akan lihat . . .
Ada yang tertawa
Gembira
Berduka
Terluka
Kecewa
Hampa
Di dalam sebuah fatamorgana kehidupan
Penuh dengan persoalan
Untuk sebuah harapan yang belum pasti
Apakah yang ada di hujung sana ? ?



LAGU AKU...